Terhad! Busana Raya Eksklusif Bawah RM400.

IMG_8477

Tawaran diskaun sebanyak 20 peratus diberikan kepada para pelanggan yang datang membeli terus di butik.

KHAMIS ini menjelmalah Ramadan maka kita semua akan menjalani ibadah puasa. Sesungguhnya Ramadan mempunyai barakah tersendiri kerana mengenangnya sahaja sudah cukup untuk membuatkan hati berbunga gembira.

Selain dapat mendekatkan diri kepada Pencipta dengan amalan dikira berlipat ganda, kegembiraan menyambut Ramadan adalah melihat kemeriahan di sana sini, baik dari segi bilangan pengunjung rumah Allah yang mahu menunaikan solat Terawih mahupun jualan makanan dan pakaian di bazar-bazar dan pusat beli belah yang melebihi kadar biasa.

Bagi yang tak mahu terkocoh-kocoh di saat akhir, persiapan lebaran kelak berupa pakaian serba baru sudahpun disiapkan jadi bolehlah diri menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah.

Bagi yang mempunyai pendirian seumpama ini, terdapat satu tempat di mana anda boleh mendapatkan koleksi Hari Raya yang menarik, berkualiti dan paling utama eksklusif. Maklumlah, ada yang memberi alasan tak mahu berbelanja awal untuk pakaian raya kerana bimbang jika nanti ada fesyen terbaru keluar di pertengahan Ramadan dan baju yang dibeli awal kelihatan ketinggalan masa.

Sama ada memilih untuk berkunjung ke butik (psst! anda dapat 20% kalau beli terus di butik) mahu pun melakukannya di rumah dengan penuh selesa menerusi belian atas talian, Bianco Mimosa menawarkan koleksi hari raya pada harga mampu beli yang pasti menambat hati sesiapa sahaja. Kredit: MyNewsHub