Terhad! Busana Raya Eksklusif Bawah RM400.

IMG_8477

Tawaran diskaun sebanyak 20 peratus diberikan kepada para pelanggan yang datang membeli terus di butik.

KHAMIS ini menjelmalah Ramadan maka kita semua akan menjalani ibadah puasa. Sesungguhnya Ramadan mempunyai barakah tersendiri kerana mengenangnya sahaja sudah cukup untuk membuatkan hati berbunga gembira.

Selain dapat mendekatkan diri kepada Pencipta dengan amalan dikira berlipat ganda, kegembiraan menyambut Ramadan adalah melihat kemeriahan di sana sini, baik dari segi bilangan pengunjung rumah Allah yang mahu menunaikan solat Terawih mahupun jualan makanan dan pakaian di bazar-bazar dan pusat beli belah yang melebihi kadar biasa.

Bagi yang tak mahu terkocoh-kocoh di saat akhir, persiapan lebaran kelak berupa pakaian serba baru sudahpun disiapkan jadi bolehlah diri menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah.

Bagi yang mempunyai pendirian seumpama ini, terdapat satu tempat di mana anda boleh mendapatkan koleksi Hari Raya yang menarik, berkualiti dan paling utama eksklusif. Maklumlah, ada yang memberi alasan tak mahu berbelanja awal untuk pakaian raya kerana bimbang jika nanti ada fesyen terbaru keluar di pertengahan Ramadan dan baju yang dibeli awal kelihatan ketinggalan masa.

Sama ada memilih untuk berkunjung ke butik (psst! anda dapat 20% kalau beli terus di butik) mahu pun melakukannya di rumah dengan penuh selesa menerusi belian atas talian, Bianco Mimosa menawarkan koleksi hari raya pada harga mampu beli yang pasti menambat hati sesiapa sahaja. Kredit: MyNewsHub

Ida Suraya…Daripada jurutera kepada fesyen.

Biarpun sentiasa dihambat dengan masa dan kesibukan kerja, keluarga tetap jadi keutamaan.

Biarpun sentiasa dihambat dengan masa dan kesibukan kerja, keluarga tetap jadi keutamaan kepada pemilik butik dan jenama Bianco Mimosa ini.

Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 19 Julai 1971, Ida Suraya yang merupakan anak perempuan bongsu dan tunggal daripada lima adik-beradik bukan berasal daripada keluarga berada. Arwah bapanya merupakan bekas pengusaha bengkel kereta manakala ibunya pula bekas jururawat. Kehidupan beliau ketika kecil juga agak sukar kerana ibunya terpaksa mengambil alih tanggungjawab menanggung keluarga selepas arwah bapanya lumpuh selama lapan tahun sebelum meninggal dunia ketika Ida Suraya berusia 11 tahun.
“Saya cukup menghargai pengorbanan emak. Beliau dahulu sanggup tidak pergi berjalan, ikat perut dan kerja kuat untuk bayar kos tuisyen serta pendidikan. Malah dia tidak ikut serta rombongan orang kampung. Emak kata, suatu hari nanti, saya hendak anak saya bawa saya pergi berjalan (bercuti). Emak juga kata dia hendak tinggal dengan saya nanti. Sebab itu saya mahu jadi kaya sebab hendak bawa emak duduk dengan saya dan alhamdulillah, impian itu telah tercapai sekarang,” katanya.
Selepas berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik dan sistem di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ida Suraya bekerja selama hampir enam tahun sebagai jurutera di Perwaja Steel Sdn. Bhd. Menurut Ida Suraya, beliau tergerak hati untuk menceburi bidang perniagaan selepas melihat kejayaan dan layanan orang terhadap Pengarah Perwaja Steel Sdn. Bhd. pada masa itu, Tan Sri Abu Sahid Mohamed.
“Saya teruja tengok cara layanan orang terhadap beliau. Saya kata pada diri saya sendiri, saya mahu menjadi kaya seperti beliau suatu hari nanti. Sebab itu, saya ambil keputusan berhenti kerja dan membuka syarikat sendiri,” ujarnya.
“Saya bukan anak orang kaya dan saya tidak kenal dengan orang besar atau ada orang bantu memberikan modal. Apabila berjaya mendapat projek pertama, saya tidak ada duit hendak beli barang. Bank pun tidak mahu layan sebab syarikat baru daftar dua bulan. Jadi, saya pergi ke kedai perkakas (hardware) dan minta barang dahulu. Selepas tiga bulan baru bayar dengan bayaran tambahan tiga peratus. Saya terpaksa mengurangkan keuntungan,” katanya.
Namun, dalam tempoh empat tahun pertama memulakan perniagaan, ibu kepada dua anak itu terpaksa bergelut dengan pelbagai kesukaran sebelum mencapai kesenangan yang dinikmati pada masa sekarang. Bukan setakat kereta dan rumah beliau hampir ditarik oleh bank, malah hendak membeli barang dapur dan susu anak pun tidak ada wang. Walaupun sudah bergelar jutawan, Ida Suraya merupakan seorang ahli perniagaan yang merendah diri dan menganggap semua kemewahan yang ada adalah rezeki daripada Allah SWT.
Semua rezeki ditetapkan oleh Allah SWT. Kita tidak tahu rezeki kita macam mana. Kalau kita tidak berusaha, kita tidak akan dapat,” katanya.
Selepas lebih 10 tahun dalam perniagaan berkaitan kejuruteraan termasuk membekalkan dan menyelenggara peralatan mekanikal dan latihan teknikal, Ida Suraya mengambil keputusan menceburi perniagaan baharu iaitu fesyen dengan mengasaskan jenamanya sendiri iaitu Bianco Mimosa kira-kira tiga tahun lalu. (Kredit: Utusan. 7 Jun 2015)