Terhad! Busana Raya Eksklusif Bawah RM400.

IMG_8477

Tawaran diskaun sebanyak 20 peratus diberikan kepada para pelanggan yang datang membeli terus di butik.

KHAMIS ini menjelmalah Ramadan maka kita semua akan menjalani ibadah puasa. Sesungguhnya Ramadan mempunyai barakah tersendiri kerana mengenangnya sahaja sudah cukup untuk membuatkan hati berbunga gembira.

Selain dapat mendekatkan diri kepada Pencipta dengan amalan dikira berlipat ganda, kegembiraan menyambut Ramadan adalah melihat kemeriahan di sana sini, baik dari segi bilangan pengunjung rumah Allah yang mahu menunaikan solat Terawih mahupun jualan makanan dan pakaian di bazar-bazar dan pusat beli belah yang melebihi kadar biasa.

Bagi yang tak mahu terkocoh-kocoh di saat akhir, persiapan lebaran kelak berupa pakaian serba baru sudahpun disiapkan jadi bolehlah diri menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah.

Bagi yang mempunyai pendirian seumpama ini, terdapat satu tempat di mana anda boleh mendapatkan koleksi Hari Raya yang menarik, berkualiti dan paling utama eksklusif. Maklumlah, ada yang memberi alasan tak mahu berbelanja awal untuk pakaian raya kerana bimbang jika nanti ada fesyen terbaru keluar di pertengahan Ramadan dan baju yang dibeli awal kelihatan ketinggalan masa.

Sama ada memilih untuk berkunjung ke butik (psst! anda dapat 20% kalau beli terus di butik) mahu pun melakukannya di rumah dengan penuh selesa menerusi belian atas talian, Bianco Mimosa menawarkan koleksi hari raya pada harga mampu beli yang pasti menambat hati sesiapa sahaja. Kredit: MyNewsHub

Dato Ida Suraya; Peminat Tegar Fesyen Berjenama.

Terus berusaha untuk belajar dan menimba pengalaman demi menzahirkan minatnya terhadap dunia fesyen yang tidak bersempadan.

Terus berusaha untuk belajar dan menimba pengalaman demi menzahirkan minatnya terhadap dunia fesyen yang tidak bersempadan. (Kredit imej: Majalah Nona, Kumpulan Media Karangkraf)

Siapa sangka, wanita yang bermula dengan bidang kejuruteraan ini mampu mencipta nama dalam dunia fesyen. Apatah lagi, pengetahuannya dalam ilmu fesyen masih ‘kosong’. Namun, Dato’ Ida berusaha untuk belajar dan menimba pengalaman demi menzahirkan minatnya terhadap dunia fesyen yang tidak bersempadan.

Saya seorang lulusan kejuruteraan dari universiti tempatan. Kerjaya pertama saya adalah dalam bidang kejuruteraan yang dikemudi selama lebih kurang setahun. Selain itu, saya juga pernah bekerja di Perwaja Steel selama empat tahun. Pada April 2002 saya mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dan kemudian menumpukan sepenuh perhatian terhadap dunia perniagaan ini pada September 2002. Laluan untuk berada di tahap seperti sekarang bukannya mudah kerana banyak cabaran yang harus saya tempuhi sepanjang menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

Sewaktu bekerja di Perwaja Steel, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Saya sedar ini adalah keputusan yang sangat berat dan agak mengejutkan keluarga. Niat saya adalah untuk mengubah kehidupan ke tahap yang lebih baik. Saya fikir sampai bila hendak makan gaji. Maka, tanpa memikirkan risikonya saya pun mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Ia memang sesuatu yang drastik namun saya tetap dengan pendirian.

Sebagai pencinta fesyen, Dato’ Ida Suraya memperkenalkan jenamanya sendiri iaitu Bianco Mimosa. Ilham dan idea ini tercetus setelah mengenali jurusolek terkenal iaitu Deq Sha tiga tahun lalu. Disebabkan sering bekerjasama dengan Deq Sha, akhirnya tercetus idea untuk menjalinkan perniagaan bersama. Pada mulanya mereka hanya bercadang untuk membuat perniagaan yang berkonsepkan hijab namun hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Saya memang meminati dunia fesyen sejak kecil lagi. Ini kerana ibu selalu membelikan baju-baju yang berjenama kepada saya. Maklumlah, ibu mana yang tidak ingin melihat anak perempuan mereka sentiasa kelihatan cantik. Lebih-lebih lagi, saya juga suka berpakaian cantik sejak kecil. Begitu juga sewaktu menuntut di universiti, saya seorang yang menjaga penampilan diri.

 Untuk menambah mengetahui perkembangan trend terkini di samping menambah ilmu tentang fesyen, saya gemar membelek serta mengumpul majalah-majalah fesyen tempatan dan antarabangsa sebagai rujukan. Di samping itu, kini saya juga sering menghadiri serta sering dijemput ke majlis-majlis pertunjukan fesyen terkemuka termasuklah di luar negara. Selalunya saya akan berpeluang duduk di barisan hadapan sebaris dengan selebriti dan pereka-pereka terkenal antarabangsa.

Selain menjadi pengasas kepada Bianco Mimosa, Dato’ Ida juga tidak lupa untuk menabur baktinya kepada masyarakat dengan menubuhkan sebuah pusat perubatan Islam atau Darul Syifa’ di Serendah yang dikenali sebagai Persatuan Perawat dan Perubatan Islam Nasrus Yasa’ el Suraya atau (PURIN) yang telah ditubuhkan pada 2014. (Kredit majalah Nona. Kumpulan Media Karangkraf)