Bahang Safari Dalam Mimosa Raya 2015.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menjadi tetamu kehormat pada malam pertunjukan fesyen Mimosa Raya 2015 baru baru ini.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menjadi tetamu kehormat pada malam pertunjukan fesyen Mimosa Raya 2015 baru baru ini.

Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Bianco Mimosa memperkenalkan rekaan pakaian yang meminjam idea safari serta flora dan fauna. Koleksi ini telah pun dilancarkan bersama dengan pelancaran butik dalam talian (online) Bianco Mimosa di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, pada awal Jun lalu.

Yang Berhormat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut datang menyaksikan pertunjukan fesyen ini. Usai acara, Shahrizat memberi komen ringkas, ‘Hebat sekali’ yang dimuat naik menerusi akaun Facebooknya. Juga dilihat memenuhi undangan adalah selebriti tempatan seperti Erra Fazira, Datin Paduka Umie Aida, Fouziah Gous, Iesya Toh dan ramai lagi. Tidak ketinggalan adalah rakan niaga strategik, rakan pereka fesyen, para media tempatan, kenalan bloggers dan sebagainya. Menambah seri majlis, penyanyi Nurul Depp turut tampil di atas pentas peragaan menyanyikan dua buah lagu Inggeris. Dee Jangan ketawa pula bertindak sebagai pengacara majlis. Manakala majalah In Trend pula sebagai majalah rasmi pertunjukan fesyen Mimosa Raya 2015.

Selebriti terkenal Fouziah Gaus turut sama memeriahkan  acara pertunjukan fesyen Mimosa Raya 2015.

Selebriti terkenal Fouziah Gaus turut sama memeriahkan acara pertunjukan fesyen Mimosa Raya 2015.

Konsep safari yang dipilih mengetengahkan kain corak harimau cheetah dan harimau bintang (leopard) bagi menggambarkan keberanian serta keyakinan diri seorang wanita. Flora dan fauna pula kerana terdapat banyak pilihan warna iaitu lebih 16 warna. Jika sebelum ini, semua pakaian jenama Bianco Mimosa dijual pada harga RM1,000 ke atas, kali ini Bianco Mimosa menawarkan harga mampu milik dari yang paling murah di bawah RM100 sehingga paling mahal yang mencecah ribuan ringgit.

Menariknya, setiap pakaian Bianco Mimosa adalah eksklusif iaitu dihasilkan dalam kuantiti yang terhad di butik Bianco Mimosa yang beralamat di Pusat Komersial TSB, Sungai Buloh, Selangor. Ini adalah bagi menjamin kualiti jenama Bianco Mimosa sendiri. Selepas hari raya, Bianco Mimosa akan tampil dengan koleksi ready to wear  dan adi busana atau couture. Pada masa hadapan pula, Bianco Mimosa akan mengeluarkan semua produk berkaitan fesyen termasuk beg tangan, kasut dan aksesori.Mimosa Raya 2015

Bianco Mimosa merupakan perkataan dalam bahasa Itali yang bermaksud pokok semalu (mimosa) putih (bianco). Selaku pemilik, Ida Suraya memilih jenama dalam bahasa Itali kerana negara tersebut merupakan tempat kelahiran sebahagian besar pereka fesyen dan jenama mewah terkemuka dunia.

Mimosa Raya 2015

Mimosa Raya 2015

 

 

by admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *